I made this widget at MyFlashFetish.com.

Padamu Kubersujud

Lagu untukmu

Tuesday, January 22, 2013

Hanya kepadaMu Ya Allah

Assalammualaikum.

Hari ni aku akan melaksanakan tanggungjawab seorang anak lagi. Dan lagi... Tepat 12.30 tengahari macam biasa, menemani bapak ku pergi Pusat Dialisis di Nefro Utama Sdn Bhd, Saujana, Kota Tinggi.

Tanpa keluhan. Tanpa paksaan. Tanpa jemu. Aku pinta hati ku sentiasa ikhlas dengan apa jua yang aku lakukan. Memang sukar untuk menjadi seorang yang ikhlas, bicara selalu tidak seiring dengan hati.

Awal-awal lagi aku pasang niat, semoga Allah memberkati hidupku. Murahkan rezeki ku walaupun aku tak bekerja, berkorban hantar bapak ku setiap 3 kali seminggu (Isnin, Rabu dan Jumaat). Aku tak pinta orang kasihan kan aku sehingga terpaksa meminta-minta mahupun mengemis.

Hanya padaMu Ya Allah. Aku pinta dan terus meminta. Ye, aku mengemis hanya kepadaMu Ya Allah. Sehingga aku beroleh kekayaan iman, taqwa, dan kesabaran yang paling tinggi.

Syukur padaMu kerana tidak pernah jemu menguji hidupku, jatuh dan terus jatuh. Aku sambut ujianMu dengan senyuman. Aku tahu Engkau amat menyayangiKu. Bila aku di uji, aku akan sentiasa mengingatiMu. Bila aku senang, aku terlupa mengingatiMu Ya Allah, Sang Penciptaku.

Semoga Tahun 2013 ini, menjadi tahun permulaan aku mendekatiMu dan terus mendekatiMu. Aku sedar semakin hari, semakin Engkau merinduiKu. Begitu juga dengan nyawa yang masih bernafas di bumi ini. Wahai Tuhanku, teruslah terangi hatiku dengan cahaya petunjukMu. Pimpinlah daku Ya Allah.

Ye, dulu aku alpa. Aku sibuk mengejar harta dunia sehingga terlepas berdoa dan menyembahNya. Sekarang aku tak bekerja lagi, aku bersyukur. Aku punya masa melakukan apa yang aku terlepas dulu. Semoga Allah buka kan pintu hatiku pula untuk bertaubat nasuha. Aku punya kesempatan sembahyang, beroda, mengaji, membaca tafsiran Al-Quran, berpuasa sunat, menjaga aurat, menjaga percakapan, semua yang pernah ku terlepas lakukan sejak dari awal dulu. Banyak lagi yang aku perlu perbaiki.

Aku tak pernah jua minta lahir ke dunia tapi mak dan bapak ku yang ingin aku lahir ke dunia. Sama seperti yang aku lakukan hari ini, berdoa pada Allah semoga di kurniakan zuriat keturunan kami. Salah ke kelahiran aku ke dunia ini? Allah telah mencatatkan sejak di Luh Mahfuz bahawa jodohku dengan orang susah, pekerja swasta, tak punya apa, lebih malang lagi, aku tak bekerja. Menumpang rumah orang tua. Salah ke aku di lahirkan sebegini?

Aku jua punya keinginan membantu orang tua ku tapi nasib rezeki ku tak seperti adik beradik ku yang lain. Bila kita bertemu Allah, status pangkat harta kekayaan tidak di pandang Allah lagi. Berbaik-baiklah sesama kita. Kita lahir daripada darah daging yang sama.

Aku bukan ustazah. Aku hamba Allah yang Jahil. Mana-mana tatabicara ku yang tersalah perhitungan minta di ampunkan. Hidup di dunia tidak kekal, hidup semakin singkat.

Tolong fahami aku

 Assalammualaikum.

Malam ni nak buat luahan perasaan. Sangat emosi ketika ini. Puas menangis siang tadi. Tak dapat nak menahan tekanan hidup yang datang dari mulut orang lain.

Baiklah, aku mulakan cerita dengan episod aku tertekan bila mana mak mmeminta aku cari kan kereta untuk majlis perkahwinan saya di sebelah pihak lelaki pada 27/01/2013 di Felda Tunggal, Kota Tinggi, iaitu kira-kira 5 hari saja lagi.

Kasihan mak bersusah payah untuk aku mencari orang blok yang nak ikut, tanya adik beradik lain siapa yang nak ikut hantar, keluarkan modal bunga telur dan telur untuk majlis aku, minta tolong orang pinjam kereta dan macam-macam lagi.

Persoalan yang akan timbul di sini ialah :

"Kenapa susahkan emak kau?"

"Kau anak yatim ke, tak ada bapak nak bantu? Nak susah-susah cari kereta, panggil orang blok semua?"

"Tak ada suami ke nak tolong bantu kewangan?"

Jawapan untuk semua itu aku dah tersedia semuanya.

Pertama, aku tak bekerja, mak aku keluarkan modal semua sebab kesian kat anak dia yang kedua ni, selalu bernasib malang dan susah. Adik-beradik yang lain tak faham, tahu nak menghina dan mengungkit saja. Aku tak bekerja selepas berkahwin pada 16 November tahun lalu, semata-mata berkorban hantar abah ke Pusat Dialisis 3 kali seminggu.(Isnin, Rabu dan Khamis).

Kedua, aku ada bapak (abah) tapi jujur, hidup kami di rumah (aku, mak dan 2 orang adik aku) seperti tidak ber bapak. Zalim lah kata-kata aku ini. Tapi zalim lagi aku meninggalkan suami semata-mata menjaga bapak aku.

Ye, keluarga kami huru-hara. Jujur aku katakan, aku tak mahu susahkan mak atau adik-beradik lain walaupun hidup aku dan suami memang susah. Suami terpaksa bekerja keras, tanpa cuti rehat seminggu untuk menanggung bayaran bulanan kereta Viva ku. Aku bangga punya suami yang tabah, sabar dan kuat semangat sepertinya.Suami cuma bekerja swasta, dan suami ini juga yang di pandang hina oleh bapak dan abang sulungku serta adik ku yang pertama. (aku ada 3 orang adik).

Jadi, selepas emak mengadu macam-macam yang adik beradik lain tak dapat hantar aku, emak mula kusut memikirkan nasibku. Abangku memberi alasan isterinya mengajar hari Sabtu, adik aku pulak tak dapat cuti. Itu aku tak kisah, mahupun berkecil hati. Sebab aku tahu, mereka tidak suka kan suami pilihan aku, dan ini bermakna untuk berbaik-baik dengan keluarga belah mertua ku jauh sama sekali.

Aku pun hantar pesanan ringkas kepada adik aku yang bekerja jururawat di Hospital Sultan Ismail:

Aku : As salam. Kalau ko tak dapat hantar majlis aku nanti, bagi pinjam kereta ko, biar Epul bawak.

Adik aku : Tak boleh. Kalau nak bawak aku kena ada, lagipun aku nak hantar kereta pegi servis.

Aku : Sudah la. Adik beradik semua kedekut.

Adik aku : Lantak ko la nak cakap apa. Duit minyak kete ko tu aku bagi pun tak bersyukur.

Apa perasaan korang bila bermacam alasan di berikannya? Untuk pengetahuan, kereta dia pakai tak sampai 2 minggu lagi, percaya ke perlu di servis ? Aku pun pernah berkereta baru. Dan apa perasan korang bila suami korang pernah berpanas hantarkan motor abang korang semata-mata untuk adik korang dan terpaksa cuti pula tu?

Dan kes motor tu jugak, suami aku pernah nak pinjam motor tu buat pergi kerja hanya untuk seminggu. Niat nak jimatkan duit perbelanjaan minyak kereta. Ketika itu aku berikan suamiku memandu kereta Vivaku sebab kereta suamiku sudah uzur dan memerlukan belanja besar untuk mengisi tangki minyak nya.Tetapi abang aku bermati-matian tak benarkan.

Huh, sangat tak kenang jasa suami ku ! Dan sebab itulah aku katakan adik beradik ku kedekut.

Selepas itu, terjadi lah perang antara aku, adik aku dan mak aku. Emak mana yang tak sayangkan anak-anak nya, lagi-lagi aku yang menjadi mangsa hinaan adik beradik yang lain.

Selepas aku dapat mesej berbunyi "minyak kereta ko pun aku yang bagi", terus aku tanya pada mak, betul ke mak mintak adik aku support duit minyak kereta hantar rombongan kahwin aku nanti? Mak cakap tak ada, sesusah mana pun, mak guna duit sendiri tolong kau kak. (Mak jaga anak cikgu, duit tu dia guna modal untuk aku)

Mak faham suami aku tak cukup duit nak support perbelanjaan ke sana. Suami ku kan pekerja swasta, adik beradik ku yang lain bekerja kerajaan. (abangku polis, adik ku jururawat). Sikap angkuh itu lah yang menghina aku dan suamiku. Ada jiran ku bertanya siapakah gerangan yang menghina ku apabila aku mengupdate status di Facebook mengenai rezeki ku dan suamiku sebagai pekerja swasta.

Apa yang di hina?

Mereka menghina rezeki ku. Kenapa aku kahwin dengan orang susah? Kenapa aku tak kerja kerajaan macam mereka? Kenapa susahkan mak? (Ini bukan aku yang minta, aku rela pergi sendiri tanpa orang rombongan, mak yang ikhlas nak tolong aku), Kenapa tak pakai kete suamiku?(kete suamiku 2 pintu, takkan nak angkut orang tua naik kereta macamtu, lagipun kereta dia sudah uzur).

AKu tiada jawapan untuk rezeki ku, cuma aku nak katakan ajal maut jodoh rezeki itu rahsia Allah. Aku sudah berusaha memperbaiki kehidupanku, dan sekarang tidak berhenti berdoa kepada Allah. Aku minta mereka faham situasi ku, bukan aku tak nak bekerja tapi siapa lagi yang boleh di harap untuk menjaga bapak aku yang sakit tu? Inai di jari belum hilang, aku dah duduk berasingan dengan suami, suami ditinggal-tinggalkan. Untung suami izinkan aku bela orang tua ku. Kadan-kadang serba salah aku bila suami mula berkata "ada isteri macam tak ada isteri". Adik beradik yang kaya, fahami lah aku.

Tuesday, January 8, 2013

Assalammualaikum 2013

Macam terlambat tak post title kali ni ? Yelah, sekarang dah 8hb Januari 2013 pun ... terlewat nak wish pada all readers. (kalau ada yang read lahhh, haha, perasan !) Dah * hari jua kita semua meninggalkan 2012 atau lebih tepat 2012 yang tinggalkan kita, kan ?

Welcome to Mama 2013... welcome new year, again and again ... (ini bermaksud begitu pantas masa berlalu, pejam celik pejam celik, tup tap tup tap dah 2014 pulak , acaner tu ?) Usia pun makin ketuaan dari hari ke hari ... Tahun ni umur ku sudah 26 tahun. Apa azam ? Azam tu banyak tapi banyak juga yang tak tercapai lagi.

Kejayaan yang ada pada 2012 lalu, adalah aku berjaya merangkul title isteri pada 16/11/2012. Doa yang ku panjatkan pada Allah selama ini, didengarinya dan di kabulkan pula oleh Nya. Ku bersyukur Ya Allah. Sebelum aku pergi menemui Mu, aku tahu siapa jodohku yang ingin ku pimpin hingga ke syurgaMu. (aku ke yang kena pimpin suami ? confuse pulak kenn...)

Diharapkan tahun 2013 mendatangkan kebahagiaan dan keceriaan kepadaku. Apa harapan aku untuk tahun ni ? Sila rujuk di bawah :- (hehe, feeling ayat skema macam seorang kerani menaip e-mail kepada customer)

1) Nak dapat zuriat keturunanku secepat mungkin. Jelous lah kawan-kawan semua dah beranak sampai 4 orang. Aku, apa ada ? Lagi pun suami dah minta-minta nak anak perempuan.

*Wahai Tuhanku, janganlah engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik2 Yang Mewarisi" (Al Anbiya:89)

*"Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan Yang baik, Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" (Ali Imran:38)

*Dan tidaklah orang2 kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap2 benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (An-Anbiya:30)
(credit to blogger syfa forever)

2) Nak kerja semula bantu kewangan suami. Impian belum tercapai untuk memiliki rumah sendiri dan perniagaan sendiri.Kalau dah kerja dapatlah kumpul kan harta sikit-sikit dan juga kumpul modal buka bisnes.
Suami dah tak sanggup nak kerja dengan orang lain lagi jadi kuli, saya pun sama.

3) Mahu kurus seperti zaman anak dara. Kenapalah badanku debab sangat nih ?! Berat takda lah membimbangkan tapi badan menunjukkan seperti berat ku adalah 70kg... Ish ish...

4) Menjadi isteri yang solehah, menjaga aurat dan batas-batas yang sepatutnya. Menjadi ibu yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya. I want to be a Superwoman ! Yeay...

Lagi....

Saya dah mengantuk... sambung lainkali ye , As Salam

Monday, June 4, 2012

Bertemu Adamku di bumi Allah

Assalammualaikum w.b.t.

Terasa lama tak menjenguk blog ni. Mungkin takde benda nak share kot. (ke malas nak type sebenarnya...). Nampak tak tajuk entry kali ni ? Hahaha... bukan kemain lagi kan Dila ni...

Sebenarnya saya dah nak kahwin tak lama lagi tapi masih risau pasal masa depan yang akan di bina. Terlalu banyak onak dan duri.

Sunday, September 25, 2011

Kerja Baru

Hi everyone, lama nya tak update blog. Bukan ape, kes malas nak type je ni. Kadang2 jenguk jugak blog ni tp takde entry nak story. Ada pun cuma jadi rahsia sendiri. Hari ni, nak cerita psl dpt keje baru. Punya la lama tunggu nak dpt keje lain, sebulan puasa, sebulan raya tu jugak la aku lepak kat rumah tanpa income masuk. Nasib baik En. Tunang sudi nak sponsor kereta installment ku. Thanks a lot my sayang.

Bukan aku tak cari keje selama ni, byk dah aku gi interbiu tp nasib rezeki tak menyebelahi aku. Nak buat mcmnekan. Lmbt je rezeki aku ni. Pd mulut2 yg tak senang dgn aku, ingat aku duk senang lenang kat rmh menghabiskan duit mak bapak aku, sorry ye, 2bulan tersadai kat rumah tak penah mtk sesen lagi tau kat org tua. Cuma mkn minum je di sponsor. Lgpun ada jugak baiknya aku kat rmh ni bkn takde faedah lgsg. Saya ni tak mcm org2 tertentu keje senang, keje bagus, kalau kesian kat saya, bg la saya keje bukan menjatuhkan saya. Marah ni...

Alhamdulillah dpt jugak keje walaupun bukan HR ke, Admin ke, CEO ke, Exec ke, yg penting ada jugak rezeki utk aku . Alhamdulillah :)

Monday, December 27, 2010

Kerja Baru Tahun Baru

Salam semua,

Sekejap sangat masa berlalu kan, lagi seminggu je masuk tahun baru . Bermakna aku pun mula start kerja baru di Tebrau sebagai Invoicing/Production Clerk . Kena la mula from the bottom. Its okay. Ramai clerk tapi kena la bersaing, kata-kata Miss Herda (interviewer) menaikkan semangat aku lagi, "saya rasa saya tak salah pilih orang ... " .

Risau jugak, perspektif negatif tu selalu je main kat fikiran ni . Kalau kerja dgn chinese habislah aku kena buli, bla bla bla ... lagi-lagi aku baru, kena buli lagi dgn staff lain . aduh, takutnye. Taknak jadi mcm Tmpoint dulu, jadi mangsa buli someone yg Andartu ! Gila, im sick of that !

Time-time macam ni la mula sibuk buat list nak bawak apa, barang apa nak beli . Nasib baik lah ada tunang yang nasihat macam-macam . Terima kasih cayang jadi tulang belakang adik selama ni . Nanti duduk dekat Taman Mount Austin, selalu lalu tapi tak sangka pulak stay kat situ satu hari nanti. Kadang-kadang gerak hati ni selalu jadi realiti.

Alhamdulillah, byk benefit kemudahan yang di sediakan . Mungkin rezeki aku kerja di situ. Timba pengalaman dulu di swasta sektor. Nak tunggu kerajaan jawapannya lama la . Sekarang ni, pengajaran untuk aku, be careful with each one of the staff ... takut la . Tapi harapan aku semoga Allah melindungi aku hendaknya dari semua tu . Amin ...

Thursday, November 18, 2010

My Lappy Was Broken

Warghhhh !!! sedih nya, tak tau nak kata apa . laptop ku sayang dah rosak, dia dah tak nak duk tegak-tegak, dia nak baring je . dah cuba betul kan tapi tak pandai nak betul kan . dah la takde duit, jgnlah macam-macam . gaji keje kecik je, tak mampu nak support kamu . tolong jgn nakal-nakal ye sayang . sian kat mama ni .

sian dia, ni je la harta yang ku ada . hasil duit ku sendiri walaupun dah berkhidmat lama untukku . tolong jgn macam-macam ye . jg diri baik-baik .

Saturday, October 30, 2010

My Sayang

Selamat Malam Kembali guys and gurl,

Apa nak coceh-coceh malam-malam camni ek ? mata pun dah ngantok pas mkn ubat batok. main bedal je tak ikot seperti deressa suruh. huhu.

emmm, boleh tak nak cite-cite jiwang malam ni ? boleh tak boleh, sukati i lah ! hihi

kita kan nak cite pasal my fiancee, Encik saipulnizam Bin Abu. kita kelakar la tengok gelagat dia menjak-menjak ni, nak tau kenapa ? haha, nanti la kita cite, baru nak panaskan engine ni. hihi

Diakan semenjak jadi tunang ni, makin manja, makin jealousy, makin gelabah, makin hari makin sayang gitu! hihi. sukenye !
Baru seminggu buat tak tau je, tak tepon dia, dia dah tepon kita dulu, tak sampai seminggu. dulu kan, dia tak mcm ni.

dulu, kita yang macam dia sekarang ni. dulu, dia tak rajin ambik tahu pasal kita, sekarang dia take care sangat-sangat, siap tanya dah baik demam? dulu, takde pon semua ni! buang tabiat ke ? huhu.

dulu, ko jangan nak cite sakit ko kat aku! haha. sekarang dah terbalik. sebenarnya, bagus perubahan dia, yelah, dah masuk fasa lagi satu kan sebelum both of us together-gether. hihi

i love you la sayang! tak salah pilih orang, tak macam certain or some others man, menduakan aweks-aweks mereka. tapi sayang saya tak macam tu, dia setia. saya sangat kenal dia !

siapalah nak adik abang ni kalau tak abang jugak. kita sama-sama tak santek tapi baik kan . betul! hihi.

boleh tak nak sambung cite lagi sal sayang kita esok, okeh. kita nak tido la. dah ngantok pulak!

papai~

Monday, October 25, 2010

Kenapa? Mengapa? Apakah? Adakah?

Hahaha. Macam-macam je aku kan. Banyaknye soklan, buat suspens je. Sebenarnya tak tau apa perasaan yang mengganggu fikiran dan hati nurani ni. Sedih ke, kecewa ke, jealous ke, entah la.

Aku ni tadi gatal sangat pegi bukak web address konvokesyen UiTM, pastu konon-konon nye nombor aku mcm tak bape banyak, sekali aku post la kat wall sendirik, then menyesal la tak sudah bila kawan-kawan semua kata turn number diorang ratus-ratusan jek.

Kenapakah mesti aku tercampak jauh!!! oh tidak!!!
Mengapakah semua ini terjadi pada diri haku!!! oh tidakkk!!!
Apakah aku ini selalu di pinggirkan dan bernasib malang??? oh tidak!!!!
Adakah aku merupakan 3rd class student??? oh tidakkkk!!!

tidak! nyesal tak sudah la jwbnye. macam nak remove je post td kat fesbuk. malu la nombor corot-corot nih. diorang semua mesti nombor depan-depan.

tu lah blaja main-main jer. tp nasib baik ada bestfriend yang rapat dgn aku masa blaja dulu, miza suba'ah. dia bagi kata-kata semangat sampai lah aku insaf semula ke jalan positif.

tak semua indah kan, tu pengajaran. tak pe lah, yang penting aku grad on time bak kata kwn baik aku tadi. thanks dear. lap you!

Sunday, October 24, 2010

Pengaktifan Bermula

Salam semua & selamat mlm,

Wah, new blog la! tak la, mana ada. Sebenarnya blog ni dah lama 'terwujud' tapi oleh kerana ke'busy'an yg melanda diri ku ini, blog ini terabai sudah. Maafkan mummy ok!

So, semoga anda, kawan2 blog akan selalu la singgah blog saya untuk mengetahui entry2 terbaru. Pastinya menjanjikan entry2 yang happy2 dan duka2 belaka. hehe.

Apa-apa pun TAHNIAH untuk diri ini sebab bersusah payah mencantikkan semula blog ni. Walaupun belum 100% berubah sepenuhnya. Ada yg widget2 yang belum di tambah dan banyak lagi la yang belum update.

takpe, slow-slow dulu, lama-lama jadi la blog yang santek. ok!

Ok la, nanti kalau-kalau rajin, kita update story, nak juga share life kita dengan orang ramai. Tapi bukan sekarang la, sebab nak rest, dah penat pulak seharian keje.

Sebelum tido, basuh kaki & baca doa ok! Bye, good night. Love you all my friends.

Wednesday, September 2, 2009

Aku Suka Sangat Post Ni...

Aku suke sangat post nih, actually aku dapat comment dari kawan tagged... Renung2kanlah...

"dipandang cantik dipegang sakit..... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... kata aku, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku berkawan..!!

you are AMAZING walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga."

Friday, July 24, 2009

UiTM Segamat pula di serang H1N1

Fuh dahsyat je kan bunyi nya...
macam tak percaya pula kampus aku jadi mangsa H1N1...
semalam, hari Jumaat, lepas habis kuliah,
aku balik rumah dengan Waida, MJ, dan mizaS,
sampai-sampai je rumah,
Farah tiba2 je menjerit, dia cakap kat Waida yg UiTM baru buat announcement esok kampus tutup seminggu...
kitorang semua terkejut,
Farah yang demam terus sihat semula...
diorang petang tu jugak balik rumah...
aku yang teperanjat gila-gila ni, ape lagi terus la minta Farah hantar ke station bus beli tiket...
yang buat sakit hati, semua tiket sold out...
aku pun dapat tiket yang last...
dapat seat belakang la apa lagi...
yang penting aku balik...
yuuuuhuuuu...
yang sedih nya, aku tinggal sorang-sorang je kat rumah sebab tiket aku hari Ahad...
lonely...

Wednesday, May 13, 2009

Mungkinkah Ini Yang Terakhir Kali...

Final exam da abes... sekarang aku tengah duduk senang lenang kat rumah, menghabeskan mase yg ade sebelum mulakan hidup baru intersesi nanti... apa yang aku ingin catatkan di sini setelah lama aku tak update blog ni, aku nak bagitau kepada viewer2 aku, yang ini mungkin terakhir kali aku singgah untuk blog aku...

sedikit kekecewaan apabila hak peribadi untuk meluahkan apa-apa peristiwa yang trerjadi dlm blog ini dan berkongsi luahan kepada viewer2 telah di salah anggap oleh insan yang amat aku sayangi sehingga kini...

selamat tinggal untuk blog yang amat aku sayangi ini... tiada lagi luahan dari aku, tiada lagi cerita dari aku, dan aku pun tiada lagi tempat mengadu... blog aku la segala-galanyaa...

aku ingin buka lembaran baru dalam hidup ini setelah banyak dugaan yang aku lalui sejak kebelakangan ini...

sekian, wassalam...

p/s: jika aku terbuka hati untuk melayari semula blog ini, maknanya aku telah membuka lembaran baru untuk mewarnai semula blog yg aku sayangi ini... dadaaa...

Friday, April 17, 2009

~~Saat-saat SUKAR dlm hidup aku~~

huh! hanya keluhan saje yg mampu melegakan beban2 aku saat ini... namun kelegaan itu belum mampu mengatasi beban dan saat SUKAR dlm hidup aku tika ini... Oh Tuhan, besar sungguh dugaan Mu. Ya Allah kuatkanlah semangat hambaMu ini menempuhi tiap dugaanMu... sesungguhnya hambaMu ini lemah dan tidak kuat lagi di uji dengan berbagai dugaanMu... walaupun aku tahu dugaan itu hanya utk hamba2 Nya yg kuat dan sabar namun aku tak terdaya lagi... hentikanlah segala anasir2 yang tidak baik ke atas diriku selama ini... aku perlukan keamanan, ketenangan dan... dan... biarlah hanya aku saja yg tahu... segala kebaikan, jasa, dan budi yg telah di berikan kpd aku selama ini, hanya Tuhan yg akan balas, aku tak terdaya lg nak menuruti dan memuaskan setiap hati manusia... Terima kasih... dan aku dOakan insan itu berjaya di dunia dan di akhirat... segala keputusan yg aku akan buat sebenarnya SUKAR utk aku lakukan, tetapi aku takkan berpatah balik demi keluarga tercinta dan kebahagiaan diri aku sendiri. Maaf di atas semua kekhilafan aku selama ini... insan biasa yg tidak punya apa2 kelebihan...

Monday, April 13, 2009

~~Penatnye PresentatiOn slalu~~




this sem sgt memenatkan urat2, sendi2 and tulang2 aku... kdg2 sampai tak cukup tidO(aku seOrang yg sgt patOh pd waktu tidO sebenarnye)... sebagai seorg student amat penting menjaga kesihatan, tidO cukup, makan On time, sarapan tu penting bile start nak gi kuliah... betul! tak tipu tau! walau byk assignment mcmne pOn semua tu kene di jaga... tapi sekali sekala kOrban waktu tidO and makan tu takpe lah, yg paling penting, sOlat pOn jgn nak korban(terasa aku, kdg2 aku 'tertinggalkan' jugak,well...)... gambar2 kat atas tuh presentatiOn yg aku lalui sepanjang sem ni, tp ada jugak yg aku tak ambik... segan la, nanti Org kata apa pulak...

~~Nothing Special On My Befday For This Year~~

aku rase betul kOt title atas tuh... biasa la aku ni kureng pandai bab2 susun ayat Org puteh nih... okay, nOw as all Of yOu knOw although sOme peOple tak tau pOn befday aku nih...(dgn nada sedih, sebab aku tak feymes, tuh org tak tau befday aku), yg jatOh tergOlek pd 5hb April yang lalu, this year sgt tak de Ong maa... nape la time2 befday aku pOn still org nak sakitkan ati aku... aku rase befday tahun ni yg paling byk bawak malang dlm hidup aku... cume yang terlalu aku terharu, ade di antara kwn2 aku still ambik berat pasal aku, thank tO all yang wish sambil menyanyi ramai2 utk aku that night... and thank to sOmeOne yg susah pyh masak utk aku semata2 nak celebrate befday aku... aku tak dpt la nak celebrate seperti tahun2 lalu, sebab tahun ni aku hanya berada di rumah sewa tuh je... tak de ape2 pOn yg special... adiah pOn tak dpt... bOyfren aku?? actually aku tak menggalakkan dia habis duit utk aku, simpan lebih baik... walaupOn dlm ati mengharap jugak... heheee... yang paling penting, semOga aku pjg umur seperti dOa2 kalian, murah rezeki dan cepat sampai seru kawen, heheee...

~~Study Week Yang MembOshankan~~

Study week??? bile sebut study week je mesti nampak buku2 'bergentayangan' atas kepala... aduh, penink nye... nape la aku rase macam malas yang teramat sangat nih... cOme On dla, wake up!!! jgn berangan lagi...! semangat bawak balik buku bukan men lagi kan aku nih tapi hampeh je... study nye tak seberapa... kenapa ngan aku nih...??? balik rumah je yang aku tau nak tido je, macam tak pernah tido jek sebelum nih, al maklum lah bilik aku terlebih selesa... tapi InsyaAllah dlm 2,3 hari lagi semangat aku akan pulih, mungkin jiwa aku tengah kacau sekarang nih... banyak sgt kOnflik dalaman dan luaran yang menggannggu emOsi and mental aku sejak kebelakangan nih... kepada kawan2 yg tengah study gila2 tu, gOod luck fOr final exam... hOpe tak de paper repeat lagik... uhhh... serik sangat!!! katakan TAK NAK pd repeat paper ye... and untuk aku gak, chayOK2x dla! dla bOleh! buktikan pd dunia, dla bOleh!!! mak abah dOakan anak mu ini ye... amin...

~~BESHNYE MANDI AIR TERJUN GUNUNG LEDANG~~

Did U knOw that this is my first journey to Gunung ledang even though i'm Johorean... still can't believe it?... yes, aku sendirik pOn macam tak percaya je akhirnya sampai juga kat Gunung Ledang... dari dulu lagi aku memang bercita-cita nak pergi sana tapi al maklumlah bukan anak orang senang and tak de orang nak bawak berjalan lagi pOn... da besar2 ni lah baru merasa semua tu...
okay, citer ni bermula bila asalnya aku and yana decide tuk gi berdua je Gunung Ledang sabtu yang lalu (da lame da... kalau tak silap aku ari sabtu)... saje2 je... nak eratkan silaturrahim kitorang... hurmmm... sedih lak aku... sOrry... mungkin ni yang terakhir kali tuk aku n dia... kebetulan nad plak memang plan nak gi Sagil mandi2... sO, dia pOn ajak kitOrang jOin diorang... memang tak di jangka la... sabtu tu kitorang gerak berasingan... Nad and The Gang da blah dulu nek kete, aku lak and Yana nek mOtor rempit tu... dengan tak malu selamba je kitorang pakai baju biasa nek mOtor bike moTor... tak tau la ape org kata... time tu jugak la hujan lebat+hujan tajam... befOre that, banyak dugaan menimpa kat kitOrang tp mOre tO Yana... pintu bilik terkunci plak time nak ambik wallet, kut2 ada roadblOck nanti, kan payah jadinye... pe lagi semua aksi tendang menendang kuar... habis rabak pintu tu... kihkih... ganas rupenye anak cik darus and cik Zullkaflee ni... pastu pe yang kitorang jangka kan memang tul terjadi... ada rOadblOck tp bkn JPJ, sO tak risau sangat la, siap bOrak2 lagi ngan abg pOlis...
da sampai je, terdetik kat hati aku, mcm gini ye rupanya Gunung Ledang... beshnye... datang2 je kitorang da kena tinggal dengan diOrang, bukan nak tunggu kat bawah, sian aku and Yana terpinga2 cari diOrang...sampai atas lak tu... tak ke semput di buatnye... malas nak turun, kitOrang pon decide mandi dulu kat tempat bebudak dating, aku tak kena kacau tapi biasalah yana menjadi perhatian ketika itu... tapi kitOrang tak peduli pOn, buat tak tau je... da puas mandi and berposing, diOrang panggil turun nak guna lighter... diOrang pesan kat Yana suruh beli lighter... ape lagi perOt pOn da lapar, terpaksa akur turun gak, lagipOn budak2 dating da turun gak... bOleh jadi seram gak aku nanti di buatnye...diOrang masak barbecue and buat befday mama skali... besh tau, rugi pada sape yg tak dtg tu... yg dtg gang Mama, gang Nad, both of us, n dua jejaka yg tersesat, Nazrul dan Naswan... thank semua...

~~BARU NAK UPDATE KE...~~

hurmmm... da lame jugak aku tak update kan blog aku nih...al maklum la masing-masing pOn pasti busy kan macam aku... tapi tak de la sebOk sangat sampai tak de masa tuk update blog... maybe aku nih da malas nak layan blOg sendirik (alamak kantol la pulak...) Mood tak datang lagi tuk post new cOmment so, tak boleh nak paksa diri aku gak... sejak menjak nih banyak mOment yang jadik kat aku sampai aku terpaksa buat sesuatu... tak perlu lah aku explain dengan detail kat sini, tak sesuai rasanya... cuma yang aku boleh kOngsi kan, hati aku terluka dan susah untuk terima semua ini... pengajaran yang aku dapat; SAYANGI diri sendiri sebelum kita MENYAYANGI diri orang lain. Akibatnya nanti parah pada diri kita juga... dan jangan terlalu meletak harapan yang tinggi pada seseorang... percayalah... minggu ini sangat tertekan dengan macam2 masalah yang timbul... oh Tuhan, kuatkanlah semangat hamba Mu ini...

Wednesday, March 18, 2009

:: KeNaLi FaMiLyKu....::

~ ABAH ~
1. Of Course la dia seorg yg penyayang...
2. Take care pasal anak2...
3. sgt bertanggungjwb...
4. suka bergurau...
5. muke garang tp suka senyum...
5. paling rapat dgn abang aku...

~ EMAK ~
1. Penyayang...
2. paling rapat dengan aku...
3. ada chemistry dgn aku...
4. garang sgt, suke bebel je...

~ ABANG AJID ~
1. da kawen....
2. Lans koperal....
3. 25 tahun...
4. abang aku....
5. tegas...

~ DEK NOR ~
1. baik dr aku, maksudnye xterejal mcm aku...
2. pandai cket dr aku... hehheh...
3. rapat ngan aku...

~ INA ~
1. paling pendiam n pemalu dlm keluarga...
2. paling pandai...
3. asek kene buli ngan kitorang je...

~ ADIK ~
1. comel sgt...
2. manje...
3. kuat main...
4. mls belajar...