I made this widget at MyFlashFetish.com.

Padamu Kubersujud

Lagu untukmu

Tuesday, January 8, 2013

Assalammualaikum 2013

Macam terlambat tak post title kali ni ? Yelah, sekarang dah 8hb Januari 2013 pun ... terlewat nak wish pada all readers. (kalau ada yang read lahhh, haha, perasan !) Dah * hari jua kita semua meninggalkan 2012 atau lebih tepat 2012 yang tinggalkan kita, kan ?

Welcome to Mama 2013... welcome new year, again and again ... (ini bermaksud begitu pantas masa berlalu, pejam celik pejam celik, tup tap tup tap dah 2014 pulak , acaner tu ?) Usia pun makin ketuaan dari hari ke hari ... Tahun ni umur ku sudah 26 tahun. Apa azam ? Azam tu banyak tapi banyak juga yang tak tercapai lagi.

Kejayaan yang ada pada 2012 lalu, adalah aku berjaya merangkul title isteri pada 16/11/2012. Doa yang ku panjatkan pada Allah selama ini, didengarinya dan di kabulkan pula oleh Nya. Ku bersyukur Ya Allah. Sebelum aku pergi menemui Mu, aku tahu siapa jodohku yang ingin ku pimpin hingga ke syurgaMu. (aku ke yang kena pimpin suami ? confuse pulak kenn...)

Diharapkan tahun 2013 mendatangkan kebahagiaan dan keceriaan kepadaku. Apa harapan aku untuk tahun ni ? Sila rujuk di bawah :- (hehe, feeling ayat skema macam seorang kerani menaip e-mail kepada customer)

1) Nak dapat zuriat keturunanku secepat mungkin. Jelous lah kawan-kawan semua dah beranak sampai 4 orang. Aku, apa ada ? Lagi pun suami dah minta-minta nak anak perempuan.

*Wahai Tuhanku, janganlah engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik2 Yang Mewarisi" (Al Anbiya:89)

*"Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan Yang baik, Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" (Ali Imran:38)

*Dan tidaklah orang2 kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap2 benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (An-Anbiya:30)
(credit to blogger syfa forever)

2) Nak kerja semula bantu kewangan suami. Impian belum tercapai untuk memiliki rumah sendiri dan perniagaan sendiri.Kalau dah kerja dapatlah kumpul kan harta sikit-sikit dan juga kumpul modal buka bisnes.
Suami dah tak sanggup nak kerja dengan orang lain lagi jadi kuli, saya pun sama.

3) Mahu kurus seperti zaman anak dara. Kenapalah badanku debab sangat nih ?! Berat takda lah membimbangkan tapi badan menunjukkan seperti berat ku adalah 70kg... Ish ish...

4) Menjadi isteri yang solehah, menjaga aurat dan batas-batas yang sepatutnya. Menjadi ibu yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya. I want to be a Superwoman ! Yeay...

Lagi....

Saya dah mengantuk... sambung lainkali ye , As Salam

No comments:

Post a Comment