I made this widget at MyFlashFetish.com.

Padamu Kubersujud

Lagu untukmu

Tuesday, January 22, 2013

Tolong fahami aku

 Assalammualaikum.

Malam ni nak buat luahan perasaan. Sangat emosi ketika ini. Puas menangis siang tadi. Tak dapat nak menahan tekanan hidup yang datang dari mulut orang lain.

Baiklah, aku mulakan cerita dengan episod aku tertekan bila mana mak mmeminta aku cari kan kereta untuk majlis perkahwinan saya di sebelah pihak lelaki pada 27/01/2013 di Felda Tunggal, Kota Tinggi, iaitu kira-kira 5 hari saja lagi.

Kasihan mak bersusah payah untuk aku mencari orang blok yang nak ikut, tanya adik beradik lain siapa yang nak ikut hantar, keluarkan modal bunga telur dan telur untuk majlis aku, minta tolong orang pinjam kereta dan macam-macam lagi.

Persoalan yang akan timbul di sini ialah :

"Kenapa susahkan emak kau?"

"Kau anak yatim ke, tak ada bapak nak bantu? Nak susah-susah cari kereta, panggil orang blok semua?"

"Tak ada suami ke nak tolong bantu kewangan?"

Jawapan untuk semua itu aku dah tersedia semuanya.

Pertama, aku tak bekerja, mak aku keluarkan modal semua sebab kesian kat anak dia yang kedua ni, selalu bernasib malang dan susah. Adik-beradik yang lain tak faham, tahu nak menghina dan mengungkit saja. Aku tak bekerja selepas berkahwin pada 16 November tahun lalu, semata-mata berkorban hantar abah ke Pusat Dialisis 3 kali seminggu.(Isnin, Rabu dan Khamis).

Kedua, aku ada bapak (abah) tapi jujur, hidup kami di rumah (aku, mak dan 2 orang adik aku) seperti tidak ber bapak. Zalim lah kata-kata aku ini. Tapi zalim lagi aku meninggalkan suami semata-mata menjaga bapak aku.

Ye, keluarga kami huru-hara. Jujur aku katakan, aku tak mahu susahkan mak atau adik-beradik lain walaupun hidup aku dan suami memang susah. Suami terpaksa bekerja keras, tanpa cuti rehat seminggu untuk menanggung bayaran bulanan kereta Viva ku. Aku bangga punya suami yang tabah, sabar dan kuat semangat sepertinya.Suami cuma bekerja swasta, dan suami ini juga yang di pandang hina oleh bapak dan abang sulungku serta adik ku yang pertama. (aku ada 3 orang adik).

Jadi, selepas emak mengadu macam-macam yang adik beradik lain tak dapat hantar aku, emak mula kusut memikirkan nasibku. Abangku memberi alasan isterinya mengajar hari Sabtu, adik aku pulak tak dapat cuti. Itu aku tak kisah, mahupun berkecil hati. Sebab aku tahu, mereka tidak suka kan suami pilihan aku, dan ini bermakna untuk berbaik-baik dengan keluarga belah mertua ku jauh sama sekali.

Aku pun hantar pesanan ringkas kepada adik aku yang bekerja jururawat di Hospital Sultan Ismail:

Aku : As salam. Kalau ko tak dapat hantar majlis aku nanti, bagi pinjam kereta ko, biar Epul bawak.

Adik aku : Tak boleh. Kalau nak bawak aku kena ada, lagipun aku nak hantar kereta pegi servis.

Aku : Sudah la. Adik beradik semua kedekut.

Adik aku : Lantak ko la nak cakap apa. Duit minyak kete ko tu aku bagi pun tak bersyukur.

Apa perasaan korang bila bermacam alasan di berikannya? Untuk pengetahuan, kereta dia pakai tak sampai 2 minggu lagi, percaya ke perlu di servis ? Aku pun pernah berkereta baru. Dan apa perasan korang bila suami korang pernah berpanas hantarkan motor abang korang semata-mata untuk adik korang dan terpaksa cuti pula tu?

Dan kes motor tu jugak, suami aku pernah nak pinjam motor tu buat pergi kerja hanya untuk seminggu. Niat nak jimatkan duit perbelanjaan minyak kereta. Ketika itu aku berikan suamiku memandu kereta Vivaku sebab kereta suamiku sudah uzur dan memerlukan belanja besar untuk mengisi tangki minyak nya.Tetapi abang aku bermati-matian tak benarkan.

Huh, sangat tak kenang jasa suami ku ! Dan sebab itulah aku katakan adik beradik ku kedekut.

Selepas itu, terjadi lah perang antara aku, adik aku dan mak aku. Emak mana yang tak sayangkan anak-anak nya, lagi-lagi aku yang menjadi mangsa hinaan adik beradik yang lain.

Selepas aku dapat mesej berbunyi "minyak kereta ko pun aku yang bagi", terus aku tanya pada mak, betul ke mak mintak adik aku support duit minyak kereta hantar rombongan kahwin aku nanti? Mak cakap tak ada, sesusah mana pun, mak guna duit sendiri tolong kau kak. (Mak jaga anak cikgu, duit tu dia guna modal untuk aku)

Mak faham suami aku tak cukup duit nak support perbelanjaan ke sana. Suami ku kan pekerja swasta, adik beradik ku yang lain bekerja kerajaan. (abangku polis, adik ku jururawat). Sikap angkuh itu lah yang menghina aku dan suamiku. Ada jiran ku bertanya siapakah gerangan yang menghina ku apabila aku mengupdate status di Facebook mengenai rezeki ku dan suamiku sebagai pekerja swasta.

Apa yang di hina?

Mereka menghina rezeki ku. Kenapa aku kahwin dengan orang susah? Kenapa aku tak kerja kerajaan macam mereka? Kenapa susahkan mak? (Ini bukan aku yang minta, aku rela pergi sendiri tanpa orang rombongan, mak yang ikhlas nak tolong aku), Kenapa tak pakai kete suamiku?(kete suamiku 2 pintu, takkan nak angkut orang tua naik kereta macamtu, lagipun kereta dia sudah uzur).

AKu tiada jawapan untuk rezeki ku, cuma aku nak katakan ajal maut jodoh rezeki itu rahsia Allah. Aku sudah berusaha memperbaiki kehidupanku, dan sekarang tidak berhenti berdoa kepada Allah. Aku minta mereka faham situasi ku, bukan aku tak nak bekerja tapi siapa lagi yang boleh di harap untuk menjaga bapak aku yang sakit tu? Inai di jari belum hilang, aku dah duduk berasingan dengan suami, suami ditinggal-tinggalkan. Untung suami izinkan aku bela orang tua ku. Kadan-kadang serba salah aku bila suami mula berkata "ada isteri macam tak ada isteri". Adik beradik yang kaya, fahami lah aku.

No comments:

Post a Comment