I made this widget at MyFlashFetish.com.

Padamu Kubersujud

Lagu untukmu

Tuesday, January 22, 2013

Hanya kepadaMu Ya Allah

Assalammualaikum.

Hari ni aku akan melaksanakan tanggungjawab seorang anak lagi. Dan lagi... Tepat 12.30 tengahari macam biasa, menemani bapak ku pergi Pusat Dialisis di Nefro Utama Sdn Bhd, Saujana, Kota Tinggi.

Tanpa keluhan. Tanpa paksaan. Tanpa jemu. Aku pinta hati ku sentiasa ikhlas dengan apa jua yang aku lakukan. Memang sukar untuk menjadi seorang yang ikhlas, bicara selalu tidak seiring dengan hati.

Awal-awal lagi aku pasang niat, semoga Allah memberkati hidupku. Murahkan rezeki ku walaupun aku tak bekerja, berkorban hantar bapak ku setiap 3 kali seminggu (Isnin, Rabu dan Jumaat). Aku tak pinta orang kasihan kan aku sehingga terpaksa meminta-minta mahupun mengemis.

Hanya padaMu Ya Allah. Aku pinta dan terus meminta. Ye, aku mengemis hanya kepadaMu Ya Allah. Sehingga aku beroleh kekayaan iman, taqwa, dan kesabaran yang paling tinggi.

Syukur padaMu kerana tidak pernah jemu menguji hidupku, jatuh dan terus jatuh. Aku sambut ujianMu dengan senyuman. Aku tahu Engkau amat menyayangiKu. Bila aku di uji, aku akan sentiasa mengingatiMu. Bila aku senang, aku terlupa mengingatiMu Ya Allah, Sang Penciptaku.

Semoga Tahun 2013 ini, menjadi tahun permulaan aku mendekatiMu dan terus mendekatiMu. Aku sedar semakin hari, semakin Engkau merinduiKu. Begitu juga dengan nyawa yang masih bernafas di bumi ini. Wahai Tuhanku, teruslah terangi hatiku dengan cahaya petunjukMu. Pimpinlah daku Ya Allah.

Ye, dulu aku alpa. Aku sibuk mengejar harta dunia sehingga terlepas berdoa dan menyembahNya. Sekarang aku tak bekerja lagi, aku bersyukur. Aku punya masa melakukan apa yang aku terlepas dulu. Semoga Allah buka kan pintu hatiku pula untuk bertaubat nasuha. Aku punya kesempatan sembahyang, beroda, mengaji, membaca tafsiran Al-Quran, berpuasa sunat, menjaga aurat, menjaga percakapan, semua yang pernah ku terlepas lakukan sejak dari awal dulu. Banyak lagi yang aku perlu perbaiki.

Aku tak pernah jua minta lahir ke dunia tapi mak dan bapak ku yang ingin aku lahir ke dunia. Sama seperti yang aku lakukan hari ini, berdoa pada Allah semoga di kurniakan zuriat keturunan kami. Salah ke kelahiran aku ke dunia ini? Allah telah mencatatkan sejak di Luh Mahfuz bahawa jodohku dengan orang susah, pekerja swasta, tak punya apa, lebih malang lagi, aku tak bekerja. Menumpang rumah orang tua. Salah ke aku di lahirkan sebegini?

Aku jua punya keinginan membantu orang tua ku tapi nasib rezeki ku tak seperti adik beradik ku yang lain. Bila kita bertemu Allah, status pangkat harta kekayaan tidak di pandang Allah lagi. Berbaik-baiklah sesama kita. Kita lahir daripada darah daging yang sama.

Aku bukan ustazah. Aku hamba Allah yang Jahil. Mana-mana tatabicara ku yang tersalah perhitungan minta di ampunkan. Hidup di dunia tidak kekal, hidup semakin singkat.

No comments:

Post a Comment